Jahitan

Murid akan mempelajari jahitan jelujur kasar, jahitan kia, jelujur kasar dan pelbagai lagi jahitan lain.

Elektrik dan Elektronik

Pembelajaran mengenai komponen,simbol dan kegunaan. Pemasangan litar mudah.

Memasang dan Membuka Komponen

Memasang dan membuat model dan kit berdasarkan manual

Tanaman Hiasan dan Tanaman Sayuran

Mempelajarai kaedah menghasilkan medium tanaman sayuran dan tanaman hiasan, kaedah penjagaan tanaman hiasan dan penjagaan tanaman sayuran.

Perniagaan dan Keusahawanan

Mempelajari cara mencari idea untuk membuka perniagaan, penghasilan produk, pemasaran, pengurusan kewangan, dan menguruskan keuntungan.

Tuesday, 18 September 2012

Perniagaan Dan Keusahawanan

Perniagaan Dan Keusahawanan

Komponen Elektrik dan Elektronik

Komponen Elektrik dan Elektronik Tahun 4

Alatan Tangan Elektrik dan Elektronik



Alatan Tangan

Pengenalan Elektrik Dan Elektronik Tahun 4

Pengenalan Elektrik Dan Elektronik


Membaiki Pakaian


 Jahitan – Tahun 5

image
Tajuk tutorial pada kali ini ialah jahitan iaitu berkaitan topik membaiki pakaian. Sebelum kita kenal jenis-jenis mata jahitan asas dan jenis-jenis kancing, terlebih dahulu kita mesti mengenal pasti alatan dan bahan jahitan serta fungsinya sebagaimana berikut :

Alatan jahitan dan fungsinya

1. Pita ukur
  • digunakan untuk mengukur bahagian yang digunting atau dijahit
2. Gunting
  • digunakan untuk menggunting fabrik
3. Jarum peniti
  • digunakan untuk mnyemat pola pada fabrik dan kepinganfabrik sebelum menjahit jelujur
4. Kapur tukang jahit
  • digunakan untuk memindahkan tanda dan garisan pemadan daripada pola kepada fabrik
5. Jarum tangan
  • digunakan untuk menjahit semua jahitan tangan pada fabrik
6. Pembaris lurus
  • digunakan untuk mengukur dan menanda
7. Penetas jahitan
  • digunakan untuk menanggalkan benang jelujur
8. Seterika
  • digunakan untuk melicinkan fabrik


Bahan jahitan dan kegunaannya
a. Benang
  • digunakan untuk jahitan tangan dan jahitan mesin
b. Fabrik
  • digunakan untuk menghasilkan sesuatu pakaian.

Jahitan Penghasilan Projek

Penghasilan Projek Jahitan

Membuka dan memasang model kereta


Membuka dan memasang model kereta

Langkah kerja memasang

Langkah kerja membuka
  1. Buka semula kit model kereta mengikut urutan.
  2. Tanggalkan komponen yang telah dipasang dan susun mengikut turutan.
  3. Kenal pastikan bilangan komponen.
  4. Simpan semua komponen di dalam kotak

Alatan dan bahan yang digunakan
  1. Playar muncung tirus
  2. Pemutar skru
  3. Bateri
  4. Kit model kereta
Aktiviti Pemasangan 1
  • Kenal pasti bahagian-bahagian yang perlu dipasang.
  • Susun komponen mengikur urutan.
  • Pasang bahagian-bahagian tertentu mengikut keutamaan dan pastikan pemasangannya betul.
 
Langkah Keselamatan
  • Pastikan kebersihan tempat kerja anda.
  • Hati-hati semasa menggunakan alatan tangan yang tajam.
  • Jangan bergurau semasa menjalankan aktiviti ini.
  • Laporkan kepada guru, sekiranya menghadapi sebarang masalah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...